nadhil94
6 tahun
Batuk berterusan lebih seminggu dan sedikit sesak nafas. Tiada sejarah keluar negara dan tiada kontak positif COVID 19
Assalamualaikum. Saya lelaki umur 26 tahun. Saya mengalami batuk dan sedikit sesak nafas sejak 16/3/2020. Saya tiada kontak rapat positif COVID 19 dan tiada sejarah keluar negara. Saya sudah makan ubat batuk selama seminggu tetapi batuk saya tidak hilang. Batuk saya tidak kerap. Saya sudah buat penilaian COVID 19 dan risiko saya minima. Disebabkan batuk saya berlarutan, doktor telah ambil blood sample dan dia kata darah normal.
Soalan saya adalah adakah dengan blood sample itu cukup untuk membuktikan saya tiada COVID 19? Perlukah saya teruskan self quarantine setelah dua minggu saya batuk? Apa langkah sewajarnya jika batuk saya masih berterusan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk mengesahkan jangkitan COVID-19, sampel tekak diperlukan dan bukannya melalui darah. Sampel darah dapat membantu pakar perubatan untuk melihat sama ada anda berkemungkinan untuk dijangkiti bakteria dengan melihat kepada darah putih.
Memandangkan anda telah membuat penilaian dan keputusan menunjukkan minima, saya cadangkan anda mengawasi gejala anda terlebih dahulu. Selain itu, tiada keperluan untuk anda membuat kuarantin kendiri tetapi digalakkan tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai. Hal ini kerana, batuk boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria atau virus
Penyakit Asma
Pneumonia
COPD
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasai gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahu punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































