
Anonymous
2 tahun
Batuk berterusan Sehingga berbulan-bulan untuk hilang
Hai…
Saya mengalami batuk berterusan sehingga berbulan-bulan untuk hilang… Sebelum nii batuk sy dua bulan baru hilang… Batuk saya nii da lama sebenarnya… . Mybe 2 or 3 tahun macam tu… Hospital klinik ubat semua saya da makan da pergi check… Macam biasa ayat doc… Makan ubat hingga habis… Kadang-kadang rasa fedup na p hospital pun… Saya sekarang mengalami batuk semula… Mybe dalam 2minggu macam tu… Cuma batuk saya sekarang berbeza dari sebelum² nii… Bila waktu malam sy mengalami batuk y serius dan kadang² terasa penat/ sesak nafas… Sesak nafas tu tade la lama sangat… Sekejap je…lepas tu da oke… Masalah kahak tade la banyak sangat… Cuma kahak saya bila diwaktu² sejuk sahaja… Bila pagi² tapi ta selalu la … Duduk dalam bilik aircon yang sejuk or waktu hujan sahaja… Kenapa batuk saya ambil masa yang lama untuk pulih dan kenapa saya mengalami sesak nafas sekarang?? Boleh terangkan secara lebih terperinci… Saya bukan jenis berduit na pergi hospital swasta… Klinik swasta mampu lerr… Tapi macam biasa la bg ubat makan sampai habis… Na p hospital kerajaan rasa fedup pun ada…hmm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- asma
- pharyngitis
- jangkitan paru
- chronic bronchitis
Sekiranya keluhan amat mengangu kehidupan seharian anda, sebaiknya anda melakukan pemeriksaan dan meminta rujukan doktor pakar paru-paru.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.