
Sulit
4 tahun
Batuk dah berbulan2
Saya mengidap batuk yg dah berbulan2 tp masih belum sembuh lg… Hari ni secara tiba2 Saya mengalami sakit dada sebelah kiri ketika batuk saya berasa panas dibahagian dada saya… Apakah penyakit saya sebenarnya doktor… Jantung @ paru2 saya yg ada masalah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda sakit dada kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- angina
- serangan jantung
- aortic dissection
- perikarditis
- pedih ulu hati
- sakit otot dan tulang
- sakit paru-paru
gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.