Sulit
2 tahun
Batuk dan cirit birit tetapi tidak demam
Ibu saya mengalami batuk batuk dan juga cirit birit tetapi tidak demam atau selsema… Apakah yang perlu saya lakukan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan ibu anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Coryza (common cold atau selsema)
- Radang tekak atau tonsil
- Radang paru-paru
- Tuberkulosis
- Polip hidung
- Radang sinus
Mengenai simptom cirit-birit, kami memerlukan maklumat tambahan daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan pihak anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!