
aidakhalidahkhalid
2 tahun
Batuk dan gatal tekak. Cirit birit dan suara serak
Saya wanita berumur 28 tahun, saya batuk daripada selasa lepas. Bermula dgn demam pendek pada waktu tidur. Namin bangun pagi tiada lagi demam sehingga ke hari ini. Batuk tersebut membuatkan saya kehilangan suara pada hari sabtu dan ahad lepas. Namun kini sudah beransur pulih. Tekak sedikit gatal. Kemudian saya juga mengalami cirit birit bermula sabtu dan kini berkurangan. Semasa cirit birit, saya dapat merasakan angin bergerak dalam perut beralih ke anus dan terus ingin membuang air besar. Setakat hari ini, semua beransur phlih. Namun saya masih merasa risau. Boleh saya mendapatkan kepastian?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Saya juga kurang pasti anda bertanyakan kepastian untuk masalah apa.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.