
Sulit
3 tahun
Batuk dan gatal tekak lebih seminggu , ingin tahu ubat yang sesuai
Saya berusia 30 tahun, dh sejak pkp mmg sy tidak keluar rumah, sejak seminggu , saya mengalami batuk, gatal tekak, tapi saya takut utk ke hosp kerana kes covid semakin byk, ubt batuk apakah yang sesuai?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah batuk yang anda alami dan kegusaran untuk ke hospital berikutan kes harian COVID-19 yang semakin meningkat. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Pemeriksaan lanjut haruslah dilakukan terlebih dahulu untuk mengetahui punca batuk dan gatal tekak yang dialami oleh anda sebelum doktor dapat mengesyorkan sebarang jenis ubat kepada anda.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.