
Sulit
5 tahun
Batuk dan hidung berair tanpa demam
Hi doktor saya pelajaryg mendiami kampus di ipt…saya telah mengalami batuk2 selama hampir sebulan dan hampir susut batuk tersebut tapi 3 hari yg lepas saya dapati hidung saya berair tetapi saya tak demam sbb suhu badan saya hanya 36.4c…apa pendapat doktor ye??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah kerap bersin dan hidung berair boleh disebabkan pelbagai perkara seperti:
- Radang sinus atau resdung
- Alahan terhadap habuk, cuaca sejuk, jerebu atau makanan tertentu
- Terdedah kepada udara yang tidak bersih seperti asap rokok, jerebu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Memandangkan anda telah berjumpa doktor, kami perlu mengetahui apakah rawatan dan diagnosis yang diberikan oleh doktor terhadap anda serta maklumat-maklumat lain sebelum membuat kesimpulan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kembali kepada doktor yang merawat anda atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.