
Sulit
3 tahun
Batuk dan kering tekak
Hai doc saya berumur 35 tahun, saya sudah 1minggu mengalami batuk yang sedikit tidak kerap sangat, dan tekak selalu kering tidak sakit…makan tidak rasa sakit tekak cuma tekak kering sahaja. Dan saya tidak mengambil ubat apakah tanda² penyakit saya itu? Terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala batuk dan tekak kering selama 1 minggu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami adalah terlalu umum dan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya :
- Jangkitan pada saluran pernafasan seperti virus influenza atau coronavirus
- Dehidrasi
- Masalah GERD (asid refluks)
- Pharyngitis
- Bronchitis
Kami tidak dapat memberikan anda diagnosis yang tepat tanpa maklumat tambahan serta permeriksaan fizikal. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian bersama doktor kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.