
Sulit
5 tahun
Batuk dan kerongkong Gatal Dua Minggu
Saya tadi Sudah Jumpa Doktor di Klinik Kesihatan Miri Sarawak
Tetapi Doktor cakap Kerongkong ada barang Merah tetapi Doktor Cakap Bukan Asma kalau batuk 2-7 Minggu perlukah Pergi ke Hospital Miri.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk dan kerongkong gatal yang berlangsung lama boleh disebabkan oleh :
- Demam influenza - akibat virus influenza. Ubat antibiotik tidak berkesan dalam melawan virus. Badan anda akan mengambil masa untuk pulih dengan sendirinya
- Jangkitan saluran udara/paru-paru oleh bakteria - sekiranya doktor telah memberi ubat antibiotik, ia memerlukan masa untuk bertindak dan melawan bakteria, oleh itu, anda disarankan untuk menghabiskan ubat yang diberikan
- Jangkitan tibi - tibi adalah sukar untuk dikesan walaupun dengan ujian Mantoux. Sekiranya batuk berpanjangan serta tidak selesai, maka ujian tambahan adalah diperlukan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.