Sulit
4 tahun
Batuk dan mouth rash
Sy mengalami batuk tidak berkahak sejak beberapa hari lepas disamping nafas yg singkat. Tidak berlaku sepanjang masa, tp akan jadi tidak tentu masa. Kdg pagi, kdg selepas bgn tidur dan kdg ptg. 2 hari lepas rs tidak selesa pada lelangit, dan dapati ada bintik merah kecil pada lelangit. Sy harap ianya hanyalah alergic biasa. Apa cara yg blh sy ambil sbg rawatan dirumah. Blh tak sekadar kumur air garam. Sy tidak demam dan tidak sakit tekak.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah bintik-bintik merah pada lelangit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tompok pendarahan
- Alahan
- Jangkitan kuman
- Erythroplakia (mempunyai peluang untuk bertukar ke kanser mulut)
- Kanser mulut
Untuk mendapatkan diagnosa yang lebih tepat, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut di klinik atau hospital. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.