
Sulit
5 tahun
Batuk dan rasa hendak demam
batuk dan rasa nak demam.Untuk makluman doktor 2 hari lepas saya ada order food delivery. mereka yang masuk ke kediaman akan di check suhu terlebih dahulu. Jadi saya pakai mask dan hand sanitizer… dan saya juga terus mandi Doktor. Saya perasan semlam saya mcm batuk dan rasa nk demam…badan panas…Batuk takda laa kerap dalam sehari.rasa badan mcm nak demam dan panas mcm tu…saya mohon pencerahan… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, rasa nak demam adalah sangat subjektif kerana ia berbeza mengikut individu. Oleh itu, untuk memastikan anda betul- betul demam, penilaian objektif menggunakan thermometer diperlukan.
Gejala demam adalah sangat umum. Ia boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria / virus
Allergic Rhinitis
Keradangan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.