
nafqayyima
5 tahun
Batuk dan sakit di bahgian tulang dada
assalamualaikum doktor.
saya berumur 34 tahun .seorang ibu dan sekarang mengalami batuk yang mungkin agak lama .saya percyaa batuk dh makin berkurang banyak …cuma sekali sekala bila batuk sekarang ni,…kesannya buat rasa sakit d bahagian tulang di dada kanan .kenapa agaknya ya doktor.
terima kasih kerana sudi membaca soalan ini dan mungkin membalasnya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, biasanya apabila batuk otot-otot pada dada anda akan bekerja lebih keras. Batuk yang kerap dan lama boleh menyebabkan bahagian dada anda merasa sakit disebabkan faktor ini.
Namun begitu, sekiranya terdapat gejala lain yang anda alami seperti sesak nafas, sila rujuk kepada doktor dengan segera agar pemeriksaan lanjut boleh dijalankan. Sebaiknya rawat batuk anda dan rujuk kembali kepada doktor sekiranya sakit tersebut masih ada walaupun batuk telah sembuh.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.