
Sulit
5 tahun
Batuk dan sakit kaki
Saya lelaki berusia 22 tahun. Saya telah mengalami batuk hampir 3 minggu dan kerap berasa kebas pada kaki kiri. Saya telah berjumpa doktor 3 minggu yang lepas dan telah mengambil ubat batuk. Batuk saya berkurang tetapi masih ada jika bercakap. Saya juga kerap berasa kebas di kaki yang lama sehingga satu minggu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya keterangan yang anda berikan adalah masih kurang jelas. Sebaiknya dijelaskan riwayat penyakit sedia ada serta gaya hidup seperti merokok dan sebagainya. Untuk makluman anda, batuk yang lama disertai kebas kaki boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah saluran darah
- jangkitan paru tuberkulosis
- bronchiectasis
- hypokalemia - akibat kekurangan kalium (K+)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.