Sulit
5 tahun
Batuk dan sakit tekak sejak3 hari lalu dan sekarang bbatuk kurang sakit tekak tiada tapi mahu demam
Saya berumur 33tahun sejak 3 hari lalu saya batuk2 berkahak dan sakit tekak pada hari ini batuk dah kurang sakit tekak tiada tapi badan rasa mahu demam adakah ini simtom2 covid ? Adakah saya perlu buat pemeriksaan? Saya tidak pernah pergi mana2 negara sejak tagun lepas tidak ada kontak mana2 pesakit
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap jangkitan. Demam bukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃.
Antara punca demam ialah:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Batuk dan sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































