
norsyazwana00
5 tahun
Batuk dan sakit tulang rusuk kanan
baru baru ni saya ada selsema dan batuk. batuk saya sampai saya muntah baru lega. saya susah nak keluarkam kahak sebab terlalu pekat. kadang kadang lepas saya makan, saya akan batuk yang berterusan selama lebih kurang satu jam (lebih lebih lagi makan makanan bergoreng) dan kemudian saya akan muntah baru saya lega dan batuk saya berkurang sikit. ada masa ketika tidur saya rasa macam tercekik dan sesak nafas lalu terbangun untuk batuk. rasa macam tekak saya berbulu dan gatal sangat sangat. tapi lepas dua minggu batuk saya berkurang dikit dan batuk bila saya penat sahaja. saya makan ubat batuk yang ma bagi. dia pun taktanya apa apa dan bagi je ubat batuk tu.
tidak lama selepas itu, tulak rusuk kanan saya sakit. untuk dijadikan kesilapan saya, saya ada ketawa bersama sama geng teater saya. jadi hingga keesokan hari setiap kali tarik nafas tulang bahagian kanan depan akan sakit. nak berdiri pun kena bongkok. kalau saya tidur saya mengiring ke kanan macam biasa dan taksakit.
saya nak tanya adakah benda sebegini normal untuk saya seorang gadis yang berumur 19 tahun?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, batuk dan selesema yang anda hidapi kemungkinan besar disebabkan oleh:
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan tekak
- Asma yang diburukkan oleh jangkitan paru-paru
Ubat batuk ini hanya boleh mengawal gejala batuk sahaja, ianya tidak dapat membasmi kuman-kuman yang menjangkiti anda. Oleh itu, gejala batuk ini akan berterusan untuk tempoh masa yang lebih lama. Sekiranya batuk ini serius dan berpanjangan, ianya akan mengakibatkan kesakitan tulang rusuk atau otot di dada kerana batuk memerlukan kegunaan otot di sekililing dada. Ini akan menjadikan otot dan tulang anda sakit.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.