
sitinurhabibah91
5 tahun
Batuk dan Selesema yang berpanjangan
Saya wanita yang berumur 28 tahun dengan tinggi 148cm dan berat 80 kg. Saya mengalami gejala demam, batuk dan selsema hampir seminggu. Saya telah ke klinik utk dapatkn rawatan dan telah diberi ubat paracetamol,ubat batuk,ubat selsema dan ubag cair kahak. Saya juga telah makan ubat dan minum banyak air suam sepanjang tempoh ini. Tetapi batuk dan selsema saya tidak berkurangan. Setiap kali saya batuk dan mengeluarkan hingus yg banyak,kepala dan telinga saya berasa sakit. Apa pandangan doktor dalam hal ini. Patutkah saya ke klinik semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Punca Punca batuk:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Punca Punca Selsema
- Jangkitan bakteria / virus
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Saya sarankan untuk anda menghabiskan ubat yang diberi mengikut preskripsi doktor yang merawat anda. Namun, jika keadaan ini berterusan selepas pengambilan ubat mengikut waktu yang ditetapkan , anda haruslah ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih