
Sulit
4 tahun
Batuk dan Selsema ketika mengandung awal trimester
Hi DoctorOnCall, saya diperiksa oleh doktor tempoh hari dan dikatakan baru hamil 4 minggu. Beberapa hari selepas itu, saya mengalami batuk dan selsema dan saya ada mengambil ubat batuk Breacol dan Panadol Soluble untuk kurangkan batuk dan selsema. Adakah ubat batuk Breacol dan Panadol Soluble selamat untuk wanita mengandung. Mohon penjelasan dari doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk maklumat anda, sesetengah ubat tidak dapat digunakan ketika tempoh kehamilan kerana sesetengah ubat adalah teratogenik di mana ia boleh mengganggu tumbesaran bayi, terutama pada trimester pertama.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan berbincang dengan doktor anda berkenaan ubat yang boleh diambil dan perlu dielakkan semasa sedang hamil. Maklumat lanjut juga diperlukan untuk mengetahui mengapa anda mengalami batuk dan selsema dan seterusnya ubat yang sesuai dapat diberikan kepada anda. Kami tidak dapat memberitahu sama ada ubat itu boleh digunakan semasa anda hamil kerana maklumat lanjut adalah diperlukan dan status kesihatan anda juga perlu diketahui dengan lebih teliti.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.