
Sulit
5 tahun
Batuk dan Tidak Selesa Bernafas
Saya wanita berusia 31 tahun. Hari ke-8 batuk tiada kahak dan terasa seperti something blocking / menekan / angin dikerongkong. Bernafas rasa tidak selesa dan kekadang dada sebelah kiri terasa seperti berat. Suhu badan range 37-37.4°C selama tempoh ini.Kerap rasa lemah dan lesu. Seperti ada benda sangkut or tersekat dikerongkong terutama bila tundukkan kepala atau bila beri tekanan di leher.Jika berdiri atau duduk dan baring tetap rasa yang sama.

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, sakit tekak boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti:
- jangkitan virus common cold
- tonsilitis
- pharyngitis
- dehidrasi
Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini