
Sulit
2 tahun
Batuk dan tidak selesa untuk bernafas
Saya berumur 30 tahun sejak seminggu ni saya mengalami batuk tetapi bukan batuk berterusan… kdg2 gatal ditekak sehingga berasa sempit untuk bernafas…bernafas rase mcm x puas…adakah perlu makn ubt batuk dan cair kahak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya gejala batuk ini mengganggu rutin harian anda, anda boleh makan ubat batuk atau menghisap lozenge. Sekiranya anda berkahak atau terasa seperti kahak tersekat, anda boleh makan ubat cair kahak.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.