
Sulit
3 tahun
Batuk dgn sakit tekak
Saya mengalami batuk & sakit tekak nk dkt seminggu…dh mkn ubt pun x ok jgk… Saya jg mengalami sakit tengkuk… Terasa urat tengkuk saya tegang… Melslui

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah batuk dan sakit tekak yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Radang tonsil
- Jangkitan dan batu tonsil
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.