
Sulit
2 tahun
Batuk gatal tekak yang kadang-kadang terjadi
Ibu saya mengalami tekak gatal. Dia terpaksa mengeluarkan batuk untuk menghilangkan rasa gatal tekaknya seakan ada kahak yang tersekat. Hanya batuk sahaja. Itupun kadang- kadang sahaja. Saya risau akan virus yang menular sekarang. Kami tiada kontak dengan pesakit virus ini dan tidak pernah ke luar negara.Adakah saya perlu membeli ubat batuk untuk beliau? Saya tidak mahu ubat batuk ini menyebabkan batuknya berterusan dan makin teruk kerana selalunya ubat batuk yang diberi menyebabkan batuk lebih teruk.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penyakit Tibi (tidak boleh didiagnos tanpa ujian kahak, oleh itu anda disarankan menjalani ujian tersebut)
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi
- Bronkiektasis
- asma (lebih-lebih lagi batuk pada waktu malam)
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.