
Sulit
3 tahun
Batuk gelema berpanjangan
Suami saya mengalami batuk dah sebulan lebih, dia akan batuk bersama lendir gelema putih. Masa mula2 batuk, dia dah batuk keluar gelema hijau, dah pg klinik jumpa doktor, doktor hanya bagi ubat batuk, ubt antibiotik doktor x bagi, sampai habis dia minum masih belum lega. Beli ubat farmasi x jugak lega. Suami banyak buat kerja2 wayering rumah orang dan ada penyakit kencing manis. Bantu saya doktor, saya ajak suami pergi klinik dia xkmau pergi. Terima kasih doktor.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami suami anda meghidapi batuk yang berpanjangan.
Kami akan cuba membantu.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
- Kanser merebak ke paru paru
Namun demikian,hanya seseorang doktor boleh dengan tepat memberikan diagnosis sebenar setelah memeriksa serta mengambil beberapa ujian penting.
Sekiranya anda megalami sesak nafas, batuk berdarah, demam atau muntah-muntah, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan dengan segera.
Anda juga boleh mengambil nasihat doktor kami melalui atas talian untuk nasihat selanjutnya.
Kami harap jawapan kami membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.