Sulit
3 tahun
Batuk hingga rasa semput
Hy doktor…saya mengalami batuk yg berpanjangan dalam 2 minggu…batuk yg saya alami ialah saya rasa gatal yang teramat sangat pada kerongkong macam ada kahak yang tersekat…untuk pengetahuan doktor…batuk sy bukan yg jenis sentiasa batuk…ada masa bila dtg gatal tu saya akan jd batuk teruk dlm 15minit lepas tu ok sikit…lepas 2 3 jam jadi balik…sampai satu tahap saya rasa semput bila batuk…makan ubat batuk pun x jdk apa…sblm ni sy demam dan selesema…tp semua tu dh tiada cuma batuk saja…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu batuk berpanjangan. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi -
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
- Kanser merebak ke paru paru
Sekiranya anda megalami sesak nafas, batuk berdarah, demam atau muntah-muntah, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor yang berdekatan dengan segera bagi menerima rawatan yang sesuai. Anda diminta untuk terus berjumpa dengan doktor berdekatan bagi membincangkan kondisi anda.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami dalam talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Masih mengalami masalah batuk? Pakar paru-paru sedia membantu!