
Sulit
5 tahun
Batuk kadang2, dalam hidung terasa berair dan demam kejap panas kejap tak
Dr. Sy nak tanya, sekarang ni sy dah batuk selama 8hari, tapi batuk sy bukan lah jenis yg batuk yg berterusan. Kadang2 batuk kdg2 tak, batuk pun sbb rase mcm gatal dan xselesa dkt tekak. Dah hidung saya rase mcm benda mengalir tp bukan selesema, mengalir dlm bkn keluar hidung. Dan sy baru terasa mcm demam panas, tp selepas mkn tgahari rase mcm dah kebah pulak. Sy pun xpasti demam yg mcm mane ni. Risau jgk sbb skarang ni musim2 covid ni, tp pernh call hotline covid tu, die ckp xde ape2. Dan semalam sy pergi ke klinik dan doktor tu ckp xde pape pun, paru2 okay die ckp lps die cek guna stetoskop tu. Dilema sy pikir, bdn sy ni kenapa. Atau adakah sbb sy mkn ubat/supplement menyebab kn panas.? Terima Kasih doctor.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat, tiada diagnosis dan pandangan yang lebih tepat dapat dibuat melainkan apabila pesakit hadir ke klinik dan membuat pemeriksaan. Apabila doktor memberikan diagnosis setelah membuat pemeriksaan, kemungkinan besar diagnosis yang diberikan adalah betul dan tepat. Untuk maklumat tambahan, jika anda khuatir, selain daripada jangkitan COVID-19, gejala batuk boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Demam pula boleh disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu dan anda disarankan untuk minum air dengan kuantiti yang disarankan (sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari).
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini