
Sulit
4 tahun
Batuk kahak dua tiga empat hari, dan sakit urat saraf
Saya lelaki berusia 26 tahun,dan saya mengalami batuk dan kahak… saya mohon doctor bagi nasihat untuk saya,dan kembali sihat untu bekerja…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang batuk kahak.
Keterangan yang anda berikan tidak cukup untuk saya membuat sebarang kesimpulan. Namun begitu, batuk kahak biasanya disebabkan oleh:
- Asma
- Jangkitan saluran pernafasan atas
- Bronkiektasis
- Tuberkulosis (Tibi)
- Bronkitis
- Kanser paru-paru
Namun, memandangkan sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus saya beranggaapan anda bimbang mengenai jangkitan virus ini.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Namun berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasai gejala anda. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahu punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.