Sulit
6 tahun
Batuk kerana tekak gatal dan badan mula rasa macam nak demam
Saya wanita berusia 34tahun, dalam sehari dua ni saya menagalami batuk2 yg gatal pada tekak… dan badan mula rasa tak selesa… untuk pengetahuan, sy bekerja di travel agency yg tiada bTas antara sy dab pelanggan, dan saya telah pun melyan seorang pelanggan di mana mereka baru pilang dari vietnam.bleh sy thu apa perlu sy buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda berkait rapat dengan penularan wabak COVID-19. Berdasarkan simptom iaitu batuk dan badanseperti ingin demam, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom batuk yang anda alami, boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus seperti virus Influenza
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































