
ara.syakyra
5 tahun
Batuk kering , sakit tekak
saya berusia 20’an mengalami sakit tekak dari sabtu lepas sehingga hari ini masi belum sembuh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Antara punca yang boleh menyebabkan sakit tekak adalah:
- Luka daripada makanan
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Terdedah kepada bahan yang merengsakan tekak seperti asap
- Terlalu banyak menggunakan suara
- Tekak kering akibat cuaca panas atau kurang minum air
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Biasanya sakit tekak adalah sesuatu yang tidak serius dan boleh sembuh dalam masa yang singkat. Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah minum banyak air, elakkan makanan pedas dan minum air suam atau jus limau. Sekiranya sakit ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.