Anonymous
4 tahun
Batuk kering tk hilang 2 minggu
Saya lelaki berumur 27 tahun. Bekerja driver grab. Saya telah pergi ke klinik 2 minggu lalu pada mula nya selsema dan batuk lepas selsema hilang batuk masih belum baik. Pergi kali ke 2 doc kata batuk saya ni alergic. Saya dah makan ubat still tak hilang. Apa pandangan doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Untuk makluman anda, batuk kadang kala mengambil masa untuk sembuh kerana tekak mudah mengalami iritasi ketika pengambilan makanan dan minuman.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih