
itahidayah35
2 tahun
Batuk kering yang bukan hari-hari batuk
Hi doctor. I’m 20yo, saya dah mengalami batuk tanpa kahak around 3 months tapi yang saya pelik batuk saya tak berterusan. Contohnya harini batuk, 3 atau 4 hari stop then batuk balik. Dah macam-macam ubat batuk saya telan tapi dia akan sama, time malam dia akan lagi teruk or siang tu saya minum manis-manis batuk saya akan datang. Saya risau, thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, batuk yang berpanjangan boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Tekak kering akibat sering berada di dalam bilik yang sejuk dan kering seperti berkerja di dalam ruangan berhawa dingin
- Alahan terhadap kandungan produk makanan atau minuman
- Masalah asid refluks
- Terdedah dengan persekitaran berhabuk atau asap
- Penyakit asma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.