
Sulit
2 tahun
Batuk kering yang ludah warna putih
Hi Doctor saya nak pasal Ibu saya yang batuk kering kadang kala batuk ada air liur.Dulu ibu saya penyakit Tibi.Selepas mendapat rawatan sudah sembuh.Berapa tahun dulu.Simpton penyakit itu ibu saya tahu deman n tak ada selera makan.Tetapi sekarang dia tak ada simpton ini.Hanya batuk dengan kerap buang air kencing.Jika batuk keluar air kencing.Jika tidak batuk tiada keluar air kencing.Doc cakap masa buat pemeriksaan dengar bunyi dekat jantung so doc suruh XRAY.Adakah kemungkinan ada penyakit dijangkiti.Dulu batuk pun sama juga ada jangkitan dekat paru-paru .Doc ada bagi ubat.Selepas makan sudah sembuh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Punca Punca batuk:
- Pulmonary Fibrosis (Terdapat parut pada Paru-paru sebagai kesan ubat Tibi, Isoniazid)
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.