
leezgajet75
4 tahun
Batuk lama tp kahak susah keluar
Sy wanita berumur 44 tahun mempunyai 4 anak, sy batuk lama dan sering berulang² yg peliknya kahak susah nk keluar bunyi batuk mmg teruk seolah org semput. Sy rasa mcm ada sesuatu di kerongkong sy menghalang kahak utk keluar… bila sy paksa utk keluarkan kahak pasti akan keluar darah tp darahnya berwarna gelap bukan darah merah, setiap Kali batuk dada sy akan sakit, Dan setiap Kali batuk pasti air kencing juga keluar…sebenarnya byk lg permasalahan sy ni doktor… sy x tau nk buat mcm mana… terima kasih doktor nnti lain kali sy tanya soalan lain lg…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan dan susah untuk mengeluarkan kahak ini boleh disebabkan:
- Luka pada tekak - akibat asid refluks
- Jangkitan saluran udara - oleh virus/bakteria
- Jangkitan dalam paru-paru - penumonia/tb
- Penyakit COPD (faktor risiko seperti perokok)
- Radang tonsil
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.