
Sulit
3 tahun
Batuk lepas amik vaksin
Hai Dr saya wanita awal 40an… saya ada ambil vaksin dos kedua pada 8/8/2021…: 9/8 saya bgun pagi ada batuk tapi x kerap… bila baring saya x selesa… klu duduk ok…saya ada GERD hiatal hernia anixiety disorder… normal ke klu vaksin ada batuk

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu,
Untuk pengetahuan anda,simptom vaksin berbeza bagi setiap individu dan akan bertambah baik dengan masa.
Batuk memang dilaporkan seperti salah satu kesan sampingan vaksin Covid-19.
Anda disaranan untuk tidak memberhentikan ubat-ubatan lain kerana mengambil vaksin.
Namun demikian,terdapat beberapa simptom bahaya yang perlu diambil berat.
- Sakit kepala yang teruk dan berlarutan
- pengsan atau sawan
- Sakit pada bahagian perut yang teruk dan berlarutan
- Sakit dada yang berlarutan
- Kaki bengkak
- Sesak nafas yang teruk dan berpanjangan
Sila rujuk kepada doktor atau ke hospital segera jika mengalami gejala ini.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini