
Sulit
3 tahun
Batuk pada malam hari dan awal pagi semenjak julai 2019
Saya wanita berusia 22 thn. Saya mengalami batuk pada setiap malam/awal pagi yg menyebabkan nafas berbunyi,dada terasa sempit dan terasa gatal di tekak/dada. Setiap kali batuk terdapat lendir berwarna jernih/ kekuningan. Saya telah mengalami batuk ini semenjak tahun lepas sehingga sekarang setiap hari akan batuk pada waktu tersebut. Adakah ini berbahaya ? Dan sy juga mempunyai resdung dan makan loratadine bila perlu dan guna ubat sembur hidung.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Virus Bronkiolitis
- Viral croup
- Psikologi
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.