
Anonymous
4 tahun
Batuk penat tanda talasemia?
saya pernah check di klinik…
dr ada ambik darah…dan cakap kemungkinan saya ada talasemia…selepas dr tengok kadar hemoglobin dalam darah saya dan cek darah …kemudian dr ada bagi ubat zat besi…
selepas beberapa lama…saya xkonsisten makan ubat & pandang ringan saja.
jadi selepas tu…saya beberapa kali juga demam +batuk tanpa kahak dan rasa penat .
adakah batuk ni disebabkan talesemia juga?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Batuk bukan lah tanda anda menghidap talassemia.Talasemia merupakan sejenis penyakit darah, di mana sel darah tidak terhasil dengan betul dan gagal berfungsi.
Untuk kes anda, ada keberangkalian besar demam dan batuk anda alami bukanlah disebabkan oleh talasemia. Jika anda merasa khuatir tentang hal ini dan keadaan ini berlarutan, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang menyeluruh.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.