
Sulit
4 tahun
Batuk perit tekak terutamanya diwaktu tidur
Sya wanita berumur 37 tahun…hampir 5 hari batuk yg perit di tekak.waktu malam akan terjaga dari tidur kerana perit sgt tekak.saya telah ke klinik swasta dan doktor memberikan ubat ‘Tab prednisolone’ dan ‘tab linkus lozenges’ serta ubat batuk cecair.apakah saya perlu mendapatkan rawatan susulan di klinik kerajaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Untuk maklumat anda, gejala batuk perit tekak terutamanya diwaktu tidur boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Masalah GERD (dimana makanan dari perut keluar & naik ke tekak dan menyebabkan batuk). Hal ini sering terjadi apabila seseorang terus baring selepas makan.
- Asma (Batuk pada waktu malam yang boleh disebabkan oleh suhu sejuk atau bahan yang mengakibatkan rangsangan alergik seperti debu. Pesakit selalunya memerlukan beberapa bantal yang dialas di kepala untuk tidur.)
- Masalah paru-paru lain seperti (Jangkitan virus atau bakteria, allergic rhinitis, COPD, Pneumonia)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.