
Sulit
4 tahun
Batuk & rasa meloya (3-4hari)
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera. Saya wanita berusia 30an, bujang. Sudah 3-4 hari mengalami batuk, rasa meloya (menyebabkan terganggu selera makan, tekak rasa perit/loya), pernafasan kurang selesa, pening & rasa tidak selesa badan. Mohon penjelasan lanjut doktor. Thanks in advanced & take care all.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah batuk, loya, pernafasan kurang selesa, pening dan rasa tidak selesa badan boleh disebabkan oleh beberapa perkara.
Batuk & pernafasan kurang selesa:
- Jangkitan kuman atau virus pada saluran pernafasan
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Loya, pening & rasa tidak selesa badan:
- Keracunan makanan
- Jangkitan kuman dalam telinga
- Benign positional vertiga (pening apabila mengubah posisi badan)
- Migrain
- Perubahan hormon (dalam kalangan wanita)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.