Sulit
5 tahun
Batuk, rasa tekanan di dada, tidak demam, risau terdedah pada jangkitan covid semasa dlm penerbangan balik
Saya sudah menjalankan kurantin 14hari di Kuala Lumpur selepas balik dari luar negara dan keputusan ujian adalah negatif. Selesai habis menjalani kurantin, saya balik Ke Sabah. Semasa dlm penerbangan, saya duduk bersebelahan dengan penumpang yang sering batuk. Sekarang saya berada dirumah ( self quarantine) dan agak risau kerana mengalami batuk tetapi tidak demam. Saya agak bimbang terdedah pada jangkitan covid semasa dlm penerbangan balik dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu kerana tidak ada social distancing dalam pesawat dan semasa berbaris lama untuk pemeriksaan imigresen dan pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang K.Kinabalu.
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mempunyai gejala diatas dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang positif serta berkunjung ke luar negara anda mungkin mempunyai risiko yang tinggi.
Masalah sakit dada bukanlah gejala COViD-19. Ia boleh disebabkan masalah kesihatan lain.
- pedih ulu hati
- pneumonia
- serangan jantung
- masalah otot pada dada
Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































