
Sulit
3 tahun
Batuk & sakit kepala
Sy wanita berumur 32 tahun, sy mengalami period 2 hari lepas & seperti biasa ada gejala sakit kepala apabila menstrual. Yang sy khuatiri sekarang… sy mula batuk pada hari ke-3 & sakit kepala sy masih ditahap sama atas sebab tidak Lena Tidur. Adakah sy perlu untuk ke hospital & Ambik swab test? Sebab sy risau itu adalah symptom COVID

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami batuk dan sakit kepala. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Terdedah kepada udara kotor seperti jerebu dan asap rokok
- Alahan pada saluran pernafasan
- Inflamasi & iritasi tekak
Namun, gejala ini juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- Jangkitan coronavirus
- Radang paru-paru
- Jangkitan Tuberkulosis
Gejala COVID-19 yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza.
Memandangkan terdapat kes positif COVID-19 di tempat kerja anda, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut bagi mengenai hal ini atau menjalani ujian saringan sendiri untuk kepastian.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk membuat ujian saringan COVID-19 di rumah, secara pandu lalu atau di klinik.