
Sulit
4 tahun
Batuk..sakit tekak Dan sakit dada
Saya mengalami Batuk Dan sakit tekak sejak 2 Hari yang lepas …Dan telah pergi membuat rawatan di klinik swasta …Dr cuma bagi saya ubat batuk Dan sakit tekak… Hari ini Dada says terasa sakit bila bernafas… saya hanya duduk di rumah Dan jarang keluar…kenapa ya Dr boleh jelaskan Tak…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu batuk dan sakit tekak sejak dua hari yang lalu. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan keadaan anda iaitu:
- Jangkitan kuman pada tekak
- Penyakit keradangan tonsil ( Tonsilitis )
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus atau bakteria
- Penyakit keradangan faring ( Pharyngitis )
- Jangkitan virus seperti infectious mononucleosis , influenza
- Udara persekitaran yang kering
- Penggunaan suara lantang yang berlebihan
- Alahan pada tekak
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
Bagaimanapun, setiap penyakit memerlukan pemeriksaan yang lengkap dan teliti bagi tujuan rawatan yang tepat. Berkenaan dengan keluhan anda mengenai terasa sakit dada, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda. Pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Kami menasihati anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya keluhan tersebut semakin memberat. seperti kesukaran bernafas.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.