
nuraqilahtaha6
5 tahun
Batuk,sakit tekak dan sakit kepala
Hai doktor. Saya berumur 20 tahun. Beberapa hari ni saya tiba tiba sakit tekak,batuk dan sakit kepala.
Ketika saya sujud,kepala saya belah kanan hingga ke telinga rasa sakit sangat.
Kenapa ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk, sakit kepala, sakit tekak, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan Influenza
- Jangkitan saluran pernafasan atas ( upper respiratory tract infection )
- Demam denggi
- Demam tifoid iaitu sejenis jangkitan bakteria di perut
- Demam Chikungunya
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.