Sulit
3 tahun
Batuk, Sakit tekak, demam
Saya pelajar lelaki berumur 23 tahun. Saya mula mengalami sakit tekak dan batuk dari 2/4 hingga kini masih belum sembuh. Demam dan selsema juga cuma sembuh beberapa hari dan datang kembali walaupun saya telah ambil ubat. Saya telah pergi ke klinik 13/4 lalu tetapi keadaan saya masih sama walaupun telah diberi rawatan dan ubat oleh doktor. Cuma sejak seminggu lalu saya mula sakit dada terutama batuk dan tarik nafas. Saya juga akan lebih kerap batuk jika cuaca sejuk. Sakit dada lebih terasa di bahagian kiri.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.