
Sulit
3 tahun
Batuk selama 2 minggu
Saya ada masalah asma. Batuk telah melebihi 2 minggu. Minggu lepas dh consume antibiotik dan ubat kuat paru2 selama seminggu. Apakah ubat batuk yg sesuai unt saya beli ? Mucoease plus sesuai ke ?. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda mengalami gejala batuk selama 2 minggu. Anda juga memaklumkan bahawa anda mempunyai sejarah asma. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, batuk biasanya disebabkan oleh jangkitan pada saluran pernafasan. Selain itu, penyakit asma juga boleh menyebabkan batuk. Kami tidak dapat menasihatkan anda mengenai ubat untuk gejala batuk anda tanpa mengetahui puncanya. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor supaya anda dapat diberikan rawatan yang tepat. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut mengenai rawatan untuk anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.