
Sulit
2 tahun
Batuk, selsema, sakit dada
Salam, saya berusia 29 tahun. Saya mengalami batuk sedikit, selsema sedikit, sakit dada dan letih tetapi tidak mengalami demam. Saya tidak mempunyai contact dengan pesakit positif covid. Untuk makluman doktor, adik saya baru pulang dari korea atas urusan kerja pada awal march lalu, namun beliau sudah disaring covid test selama 2 kali dan hasilnya negatif. Dan beliau tidak mempunyai sebarang jenis simptom. Untuk pengetahuan doktor juga, saya bekerja sebagai penolong pegawai farmasi di sebuah hospital dan hospital tersebut mengendalikan kes covid. Saya tidak berhadapan pesakit, saya hanya mengendalikan ubat ubatan pesakit.adakah saya saya hanya batuk selsema biasa?perlukah saya mndpatkan rawatan? Saya berasa tertekan untuk bekerja kerana dianggap Pembawa virus di farmasi tersebut. Saya harap doktor dapat menjawab permasalahan saya. Tq

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, demam berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- jangkitan virus/kuman
- Allergic Rhintis
- Pneumonia
- Masalah jantung
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.