Sulit
5 tahun
Batuk selsema suhu bdn 37.9,sakit kepala
Selepas 7hari swab keputusan -ve,tp slps swab sy mengalami dmm,btuk dan selsema sehingga skrg
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui keterangan anda, kebimbangan anda adalah mengenai masalah batuk, selsema, demam dan sakit kepala. Kami memahami kerisauan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk makluman anda, kondisi yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Keradangan
- Common Cold
- Peubahan cuaca
- Keletihan dan kurang berehat
Namun begitu, simptom yang dinyatakan diatas juga boleh berpunca daripada masalah yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Jangkitan COVID-19
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
Untuk makluman anda, menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Akan tetapi, gejala COVID-19 yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Gejala sedemikian boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain dan memerlukan pemerhatian doktor sebelum kesimpulan dibuat.
Justeru itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































