
Sulit
4 tahun
Batuk & selsema tidak keluar
SaYa wanita 20 an…mula ii saya rasa nak demam pastu dia jadi tekak sakit… Lama ii dia jadi mcm tersumbat kahak dngn selsema… Bila saya hembus kuat dngn batuk kuat ii tak mau juga keluar… Pgi td try sekali lagi batuk bg kuat ii tgk keluar ketul mcm kahak dngn darah… Tpi bila nak tidur dia rasa bunyi lagi dekat hidung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Coryza (common cold atau selsema)
- Radang tekak atau tonsil
- Radang paru-paru
- Tuberkulosis
- Bendasing (foreign body) di dalam saluran pernafasan
- Polip hidung
- Radang sinus
Masih mengalami masalah batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana gejala yang dialami oleh anda mengganggu tidur anda
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah ini:
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Hidung berdarah
- Batuk berdarah
- Demam
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.