
Sulit
4 tahun
Batuk, sesak nafas, dan sakit pada bahagian leher depan
Saya lelaki 20an saya mengalami batuk dan sesak nafas, bila tarik nafas akan terasa sakit di dada, dan juga leher mulai sakit selepas kerap batuk, leher pada bahagian depan sakit bila hendak menelan sesuatu.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah batuk dan sesak nafas. Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah anda iaitu:
- Jangkitan kuman pada badan atau darah
- Jangkitan kuman pada paru-paru seperti pneumonia
- Asma
- Penyakit refluks esofagus.
- Jangkitan virus seperti coronavirus , infectious mononucleosis ataupun influenza
- Penyakit darah yang perlu diketahui lebih lanjut.
Adakah sesak nafas mengganggu aktiviti harian anda? Dapatkan kelegaan segera.
Bagi masalah kesukaran menelan pula, ia boleh disebabkan masalah berikut:
- Ketumbuhan dalam esofagus
- Jangkitan pada saluran esofagus
- Ketumbuhan pada organ sekeliling esofagus seperti tiroid
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini bagi mendapatkan punca masalah dengan lebih tepat. Kami juga ingin nasihatkan anda agar untuk mematuhi SOP semasa perjalanan ke hospital, jaga jarak sosial, dan juga memakai topeng muka ketika berada diluar. Kami juga ingin mengingatkan anda untuk menjaga kebersihan diri serta persekitaran anda sebaik yang mungkin.
Jawapan ini adalah jawapan am mengenai masalah anda. Untuk mengetahui lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.