
Sulit
4 tahun
Batuk, sesema, sakit tekak dan sakit badan
Saya perempuan yang berumur 15 tahun, saya mengalami batuk, sesema, sakit tekak dan sakit badan, semasa saya hendak makan, saya terasa sakit tekak, dan apabila saya batuk, peparu saya terasa sakit, adalah saya perlu buat swab test atau ini sakit biasa sahaja ?

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan anda, masalah anda boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil (Bergantung pada individu, 2-4 minggu)
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Dapatkan kelegaan tekak dan lalui hari anda dengan ceria .
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda .