
Sulit
4 tahun
Batuk setiap petang balik kerja
Saya wanita berusia 32 tahun. Sejak setahun ini saya merasakan yang saya kerap mengalami batuk2x. Tekak dan paru2x terasa gatal dan sentiasa ada kahak di sana. Batuk ini selalunya datang waktu petang selepas saya balik dari seharian bekerja. Saya sudah ke klinik kesihatan beberapa kali dan doktor memberikan ubat batuk dan menasihati untuk minum air 3L sehari. Saya sudah mengamalkan seperti yang disuruh. Tapi rasa gatal di tekak dan paru2 masih terasa ada kahak dan membuatkan saya terbatuk kecil. Semasa joging juga saya akan terbatuk dan x selesa kerana terasa gatal di dada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Punca Punca batuk:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda perlu untuk berjumpa dengan doktor unutk mendapatkan diagnosis. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.