
Sulit
5 tahun
Batuk sudah melebihi 2 minggu tetapi tidak berkahak. Tekak selalu rasa gatal dan tidak selesa. Jadi sudah menjadi habit untuk batuk selang 15 minit
Doctor. Saya seorang wanita berumur 50 tahun. Saya sudah mengalami batuk selama 2 minggu tetapi batuk saya tidak berkahak. Biasanya saya batuk disebabkan tekak selalu rasa gatal gatal dan tidak selesa. Dan biasanya selang 15 minit saya akan batuk. Apakah punca dan penyakit saya ye?Doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak Dan batuk berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi
- jangkitan kuman pada pharynx
- Tibi
- COPD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.