Sulit
3 tahun
Batuk sukar nak keluarkan kahak
Saya lelaki berusia 28 tahun…saya telah mengalami batuk kurang lebih 7 hari sudah…tekak saya berasa sangat² gatal…ketika batuk sangat sukar untuk mendapatkan/keluarkan kahak…saya telah pergi ke klinik swasta buat pemeriksaan dan pegawai perubatan kata saya hanya mengalami batuk biasa saja…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kerisauan anda. Namun bagaimanapun, kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk mengetahui punca mengapa anda mengalami keadaan sedemikian.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami keadaan sedemikian:
- Radang tonsil
- Radang faring (tekak)
- Jangkitan saluran pernafasan
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang sesuai.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Jika anda mengalami gejala lain seperti yang disebutkan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera:
- Kahak berwarna hijau
- Darah di dalam kahak
- Demam berpanjangan
- Peluh pada waktu malam
- Hilang selera makan
- Penurunan berat badan
- Kesukaran bernafas
- Kelesuan badan
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.